Friday, September 16, 2011

How about us? :)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamu'alaikum wbt :)

Pada satu hari, Al-Hassan (cucu Rasulullah S.A.W) berada di depan rumahnya. Tiba-tiba datang seorang pemuda Badwi  lalu mencacinya.. Beliau hanya mendengar tanpa sedikit pun brubah rupanya ataupun membalas cacian pemuda itu. Lalu katanya " wahai saudaraku..adakah kamu lapar, dahaga atau ada sesuatu yang merisaukan hatimu? " Namun, pemuda itu terus memakinya.

Kemudian, Al-Hassan menyuruh pembantu rumahnya membawa wang untuk diberikan kepada pemuda itu.
"wahai Badwi maafkanlah saya, hanya ini yang saya miliki. Jika ada lebih, x akan saya sembunyikan daripadamu.." Akhirnya, perbuatannya meluluhkan hati si Badwi, sehingga menangis tersedu-sedu... Lantas sujud di kaki beliau.. "wahai cucu Rasulullah.. maafkan aku kerana berkasar padamu, aku sengaja menguji kebaikan budimu sebagai cucu Rasulullah.. Sekarang aku sudah yakin akan pekertimu..."

Fikirkan apa yang akan dilakukan kita pertama kali ada orang datang begini kepada kita?
Mustahil kita akan jemput dia masuk dan jamu kuih raya :)