Saturday, September 3, 2011

Iman

Assalamu'alaikum..


" Dari Abi Amru r.a. katanya: Aku bertanya kepada Rasulullah,katakanlah padaku tentang Islam satu perkataam yang tidak akan aku tanyakan selepas ini daripada engkau. Jawab Nabi: Katakanlah aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah."

Iman adalah sendi utama bagi setiap muslimin, kerana iman merupakan "akar tunjang" dalam kehidupan kaum muslimin.
Rasulullah sendiri kata yang iman ini sendiri mengalami pasang surutnya; kadang2 bertambah..kadang-kadang mengurang ('" al-imanuyazid wa yanqqush"). Iman itu akan bertambah apabila kita mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah, dan akan berkurang bilakita menjauhkan diri daripada Allah atau melakukan maksiat.

Oleh itu, untuk mengukuhkan iman, Rasulullah menekankan perlunya sikap istiqamah, iaitu teguh dan gagah dalam mempertahankan iman dengan memperbanyak ibadat. Orang yang beristiqamah akan menerima rahmat Allah berupa pertolongan dari malaikat.

" Sesungguhnya mereka berkata: Tuhan kami ialah Allah kemudian mereka beristiqamah, turun atas mereka malaikat sambil berkata: Janganlah kamu takut dan janganlah kamu berduka cita dan bergembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan kepadamu"
( Fussilat: 30 )

Terdapat beberapa petunjuk bagaimana caranya hendak beristiqamah dan memelihara iman. Sesuai untuk kaum muslimin yang menghadapi pelbagai cabaran pada zaman globalisasi ini. Petunjuk tersebut ialah:
  1. Kaum muslimin kena mesra dengan Al-Quran.
  2. Kaum muslimin kenalah beriltizam dengan apa yang disyariatkan Allah dan beramal soleh dalam setiap keadaan.
  3. Menghayati kisah-kisah para Nabi. Mengambil teladan daripadanya.
  4. Kaum muslimin haru sentiasa berdoa kepada Allah. Doa is muslimin's weapon.
  5. Berusaha mengingat Allah (berzikir) anywhere and anytime.
  6. Berusah untuk melalui jalan yg diredhai Allah.
  7. Menuntut ilmu ( tarbiyah) dalam pelbagai bidang.
  8. Berdakwah dalam apa keadaan pun, denagn bijaksana dan berhikmah.
  9. Dekat dengan ulama dan menjalinkan kasih sayang.
  10. Yakin dengan pertolongan Allah dan Islam sahaja yang mampu menyelamatkan seluruh manusia.
  11. Merenungi nikmat Syurga, seksa neraka dan sentiasa mengingati kematian yang akan mendorong kita untuk beramal soleh.
  12. Berakhlak islamik. Semaikan sifa-sifat baik.